Thursday 27 July 2006


Do you know this man? Well, if you do, kindly avoid him. He had no qualms about staring and staring at my girlfriend while she and I were walking to our car. He kept on staring at her even though I was walking beside her. He said he was waiting for his child to come out of school. But that is not the way for a man to wait for his child! The other thing is, why was his motorbike parked in my office compound? It was not meant for outsiders! So, as a conclusion, all ladies, please -- avoid this guy. However, if you know him, do advise him that staring at other ladies in the absence of his wife is not correct. And, especially important, try not to stare at ladies who are with their boyfriends. You never know what kind of boyfriend the lady may have. ( I think I was quite civilised to merely take his picture. )

Wednesday 19 July 2006

Toilets at Berjaya Times Square = No CCTV?

Every so often, I visit Berjaya Times Square for a cinema show. Why not? It is one of the most convenient cinema locations from my office, which is located nearby Petaling Street.

However, I have observed that there is a lack of CCTV cameras immediately outside the toilets. It could be I am mistaken, and there are in fact cameras, but hidden. But from the looks of things, the toilets located on floor 4 (where the GSC cinema is - the parking has dolphins) are not watched by CCTV camera. And that is scary, especially after a late night movie, when you visit the toilet before going home. The place would be eeriely quiet. The management should at least stick a few dummy cameras on the ceiling to deter would-be rapists/molesters.

Another floor that I recently observed, the toilet apparently lacking a CCTV immediately outside is the 10th floor, where the Food Court resides. There too is the location of the IMAX Cinema, boasting HUGE screens. The posters scream that it is five times the size of ordinary cinema screens.

If you are reading this and feel a pang of worry, then do the right thing. Contact the management of Berjaya Times Square. (link)

The problem of Language and the recruitment of members

Most folks believe that joining an ethnic based political party entails that you have to speak the lingo to get in. This, I am afraid, is a misconception. At the Malaysian Chinese Association, there has been a steady Mandarin-ization ever since the time of Lee San Choon in the 1980's. This is due to the fact that the grassroots have always been Mandarin speaking. Subsequently, important meetings e.g. AGMs have been conducted in Mandarin. Those Anglophiles attending for the first time often experience culture shock and try their best to look intelligent while at the same time absorbing none of the proceedings. Some who are more streetwise sit instead next to somebody who speaks Mandarin, and get the gyst of the proceedings.

This has, I am afraid, deterred quite a few potential recruits who have attended our MCA meetings. It is most unfortunate that some of the Anglophiles who have attended state and even national level meetings have felt like strangers and non-Chinese during the meetings. This puts them off from joining the party, and instead choose a platform where English is spoken, their options being (1) Other Political Parties (Gerakan, KeADILan, PRM, PPP, and even PAS) and (2) NGOs (e.g. SUARAM, WAO, etc).

Instead, I say to these people that MCA was first founded by the Anglophiles and evolved eventually to incorporate the Mandarin speaking. The roots of the party are the type of party which they would find friendly. More importantly is the fact that MCA seeks to represent ALL Malaysian Chinese, and involve ALL Malaysian Chinese in the struggle to upkeep the welfare of the Chinese community in Malaysia.

There are in fact only three (3) qualifications to joining the Malaysian Chinese Association: First, the candidate must be Malaysian. Second, the candidate must be Chinese. And third, the candidate must be above 18 years of age. There has been no requirement that a candidate for membership must speak Mandarin. Even if the candidate speaks only English, or only Malay, or even only Tamil, Telegu, Arabic, Thai, Russian, Kadazan, Tagalog, or any other language, it does not matter at all. As long as the earlier mentioned three criteria are met, the candidate is qualified to join MCA as a member.

The Malaysian Chinese Association is undergoing some changes, for the betterment of the Chinese community. It seeks to remain relevant, even as many young Chinese professionals become apolitically inclined, and become disinterested about the state of affairs of the Chinese community. It is only when their children are denied places in Chinese schools or local universities that these people will seek the aid of MCA. The same people who root for DAP will knock on the doors of MCA MP's and seek the help of the MCA. One would think that after help has been given, these people would be grateful and perhaps even join MCA. But instead they complain that the placing given was not satisfactory. They grumble that the MCA MP's don't do a good job. And worse, they walk away from the offer, after all the haggling and pushing done by MCA on their behalf. It only goes to show that you can never please all people.

Politics is not about power and corruption. It is undeniable that certain quarters will engage in those. But by and large, when you are struggling for the welfare of a minority community (we Malaysian Chinese supposedly make up only about 24.3% of the entire population) you have to realize that political boundaries set yesterday are being pushed today by certain quarters. If there is no participation in politics, by tomorrow those boundaries will have shifted. New economic developments as well as technological advancements enlarge the economic pie as well, but the use of discretionary grants of licences et al can only mean that there is ample room for abuse of the discretion by Government administrative staff. For this reason alone, it is more than justifiable that Malaysian Chinese should put their support behind the party that raises the issues for them and negotiates on their behalf.

And with these thoughts I seek to start the day on a brighter note.

Friday 14 July 2006

Interesting - Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

Tan Sri Mohamed Yakcop gave a speech at the 30th AGM of the Malay Contractors Association (Pulau Pinang). The speech is reproduced below for further analysis. The speech is sourced MOF's website [link].



Mesyuarat Agung Tahunan Ke 30 Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Pulau Pinang



MESYUARAT AGUNG TAHUNAN Ke 30
PERSATUAN KONTRAKTOR MELAYU MALAYSIA
PULAU PINANG





UCAPAN PERASMIAN

OLEH

TAN SRI NOR MOHAMED YAKCOP
MENTERI KEWANGAN 11




CITITEL HOTEL
PULAU PINANG
20 Mei 2006




Y Bhg Dato' Sri Izzuddin bin Dali
Ketua Setiausaha Perbendaharaan,

Y Berusaha Tuan Haji Mohamed Fadzill Hassan
Yang Di Pertua
Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Pulau Pinang,

Y Bhg Dato Haji Che Wan Mohd Khalid Bin Mohamed
Wakil YB Presiden Pusat
Merangkap Naib Presiden PKMM Pusat,


Ahli-ahli Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Pulau Pinang,

Hadirin yang dihormati sekalian.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarahkatu dan salam sejahtera.


Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita bersama di Mesyuarat Agung yang ke 30 Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Pulau Pinang. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak penganjur yang telah menjemput saya untuk merasmikan majlis petang ini.

2. Alhamdulillah, Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) telah pun di bentangkan oleh YAB Perdana Menteri pada 31 Mac yang lalu yang menggariskan arah pembangunan negara bagi tempoh 2006 hingga 2010. RMK 9 juga merakumi dasar dan strategi serta program yang akan dilaksanakan untuk merealisasikan Misi Nasional ke arah mencapai Wawasan 2020, bagi menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih maju dan makmur.

3. RMK 9 merupakan rancangan pembangunan lima tahun pertama bagi 15 tahun yang akan datang ke arah kita mengatur langkah seterusnya untuk mencapai Wawasan 2020. Misi Nasional, seperti yang digariskan dalam RMK 9, merangkumi lima teras utama, iaitu:

i. meningkatkan nilai tambah ekonomi negara;

ii. meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi;

iii. menangani ketidak seimbangan sosio-ekonomi;

iv. meningkatkan kualiti hidup rakyat; dan

v. mengukuh keupayaan pelaksanaan.


4. RMK 9 mensasarkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 6 peratus setahun, lebih tinggi daripada pencapaian 4.5 peratus setahun dalam Rancangan Malaysia Kelapan. Pendapatan per kapita rakyat Malaysia juga dijangka meningkat kepada 23,573 ringgit pada tahun 2010. Dari segi pariti kuasa beli atau purchasing power parity, pendapatan per kapita akan meningkat kepada 13,678 dolar Amerika.
5. Sektor perkhidmatan, pembuatan dan pertanian akan menerajui pertumbuhan ekonomi negara. Sumbangan sektor swasta juga akan terus meningkat, dengan kadar pertumbuhan sebanyak 11.2 peratus setahun. Dengan ini, pelaburan swasta akan menyumbang lebih daripada separuh daripada jumlah pelaburan negara menjelang akhir tempoh RMK 9.

6. Kerajaan pula telah memperuntukan sejumlah 200 bilion ringgit bagi perbelanjaan pembangunan, iaitu 30 bilion lebih tinggi daripada RMK 8. Sebahagian besar, iaitu hampir 45 peratus adalah bagi pembangunan sektor ekonomi, terutamanya infrastruktur, perindustrian dan pertanian, sementara hampir 38 peratus lagi bagi sektor sosial, termasuk pendidikan dan kesihatan. Di samping itu, projek-projek sejumlah 20 bilion ringgit lagi akan dilaksanakan secara initiatif pembiayaaan swasta atau Private Financing Initiatives (PFI) bagi projek-projek Kerajaan yang diswastakan.

7. Dari segi pembangunan ekonomi negeri-negeri, Pulau Pinang merupakan salah satu daripada empat negeri yang telah berjaya mencatat pertumbuhan KDNK negeri melebihi kadar purata negara. Dalam RMK 8, KDNK Pulau Pinang meningkat sebanyak 5 peratus berbanding 4.5 peratus pertumbuhan ekonomi negara. Bagi RMK 9 pula, Pulau Pinang dijangka mencapai pertumbuhan ekonomi sebanyak 6.1 peratus, melebihi 6 peratus bagi keseluruhan ekonomi negara.

8. Berasaskan kepada beberapa petunjuk utama, Pulau Pinang merupakan antara negeri termaju di negara ini. Antara petunjuk utama termasuk:

i. Indeks Komposit Pembangunan (IKP) negeri, iaitu Indeks yang menunjuk tahap relatif pembangunan sesebuah negeri, menunjukkan Pulau Pinang sebagai negeri kedua tertinggi, selepas Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur;

ii. dari segi tarikan pelaburan pula, berasaskan kepada jumlah pelaburan yang diluluskan dalam sektor pembuatan dalam tempoh RMK 8, Pulau Pinang adalah satu daripada tiga lokasi pilihan utama pelabur di Semenanjung Malaysia;

iii. Pulau Pinang merupakan satu daripada tiga negeri yang mempunyai pendapatan purata isirumah melebihi purata negara, iaitu sebanyak 3,531 ringgit sebulan berbanding 3,249 ringgit bagi purata seluruh negara; dan

iv. dari segi pembangunan sosio-ekonomi, kadar kemiskinan di Pulau Pinang juga adalah terendah berbanding di negeri-negeri lain, iaitu 0.3 peratus, berbanding dengan kadar purata negara sebanyak 5.7 peratus.


9. Petunjuk-petunjuk ini sesungguhnya mencerminkan kejayaan Kerajaan negeri untuk meraih kecemerlangan dalam pembangunan ekonomi negeri yang berterusan. Saya yakin Pulau Pinang akan terus mencatatkan pertumbuhan pesat di tahun-tahun akan datang. Di antara projek-projek besar yang akan menyumbang kepada pertumbuhan pesat ekonomi Pulau Pinang ialah projek-projek infrastruktur, terutamanya pembinaan Jambatan kedua yang dianggar menelan belanja sebanyak 2.6 bilion ringgit. Selain daripada itu, untuk mengatasi kesesakan lalulintas, projek rel bandar akan dilaksanakan, di samping pembinaan Lingkaran Jalan Luar atau outer ring road. Kedua-dua projek ini dijangka melibatkan kos melebihi 2 bilion ringgit. Di samping itu, Pulau Pinang juga telah dikenalpasti sebagai hab untuk menerajui pembangunan industri makanan. Projek-projek besar di Pulau Pinang ini akan juga memberi kesan limpahan kepada pembangunan koridor wilayah utara negara.

10. Saya ingin menyarankan kepada usahawan Bumiputera, khususnya ahli-ahli PKMM Pulau Pinang, mengambil peluang-peluang ini, terutamanya dalam menjayakan Agenda Pembangunan Bumiputera untuk membangunkan Masyarakat Perdagangngan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) Generasi Baru. Fasa Kedua MPPB yang digariskan dalam RMK 9, bertujuan mempastikan penyertaan usahawan Bumiputera yang lebih berkesan dalam penjanaan aktiviti utama ekonomi negara. Langkah meningkat dan merperkukuhkan lagi kaum Bumiputra dalam pembangunan keusahawanan akan berteraskan kepada usaha untuk menambah bilangan dan, lebih penting, memperbaiki lagi kualiti usahawan Bumiputera di dalam sektor industri, perdagangan dan perkhidmatan yang lebih strategik, supaya lebih berdikari, berdaya tahan dan berdaya saing.

11. Bagi usahawan Bumiputera yang benar-benar memberi tumpuan kepada bidang pembinaan, Kerajaan akan terus menawarkan kontrak kerja dan bekalan supaya boleh meningkatkan lagi keupayaan mereka untuk lebih berdaya saing dan berdaya tahan serta mampu menjadi syarikat binaan yang lebih besar. Untuk tujuan ini, Kerajaan akan mempastikan keutamaan terus diberikan kepada usahawan Bumiputera untuk penawaran bekalan dan perkhidmatan yang diperlukan. Untuk mempastikan pengagihan perolehan projek binaan diberikan kepada lebih ramai kontraktor, Kerajaan akan terus mengamalkan tawaran projek yang akan dipecah kecilkan kepada beberapa pakej untuk ditawarkan secara berasingan. Oleh yang demikian, Kontraktor Bumiputera seharusnya menggunakan peluang ini dengan optima untuk memantap dan meningkatkan lagi daya maju sebagai kontraktor binaan dalam tempoh lima tahun yang akan datang.

12. Di dalam bidang pembinaan, terdapat juga peluang-peluang baru, seperti kerja-kerja penyelenggaran bangunan dan infrastruktur, selaras dengan dasar Kerajaan memupuk budaya penyelenggaraan. Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak 500 juta ringgit pada tahun 2005 untuk tujuan penyelenggaraan infrastruktur. Pulau Pinang merupakan negeri yang telah mendapat peruntukan ketiga besar, iaitu sebanyak 41.2 juta ringgit. Dari segi pelaksanaan, hampir kesemua peruntukan telah pun dibelanjakan. Dalam Belanjawaan 2006, peruntukan ini telah ditambah sebanyak satu bilion ringgit lagi. Setakat ini, daripada keseluruhan jumlah 243 juta ringgit yang telah diperuntukkan di bawah Fasa Pertama pelaksanaan, Pulau Pinang telah diperuntukkan sebanyak 20.75 juta ringgit, juga merupakan peruntukan yang ketiga besar.

13. Kerajaan juga sentiasa mempastikan syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan atau GLCs terus meningkatkan peranan mereka membangunkan usahawan Bumiputera. Satu daripada langkah strategik yang telah berjaya dilaksanakan ialah program pembangunan vendor yang telah banyak menyumbang kepada kejayaan usahawan Bumiputera. Di bawah program ini, GLCs, khususnya Petronas, Tenaga Nasional Bhd, Proton dan Telekom Malaysia Bhd merupakan principals yang telah banyak menyediakan peluang perniagaan kepada para usahawan, khususnya usahawan Bumiputera.

14. Kerajaan perihatin terhadap kemampuan usahawan Bumiputra, termasuk kontraktor binaan Bumuputera, mendapatkan bekalan bahan dan kredit bekalan pada kos yang rendah. Masalah kos yang lebih tinggi telah menjejaskan dayasaing mereka. Untuk mengatasi masalah ini, Kerajaan melalui PROSPER sedang menggalakkan ushawan Bumiputera terlibat dalam sektor pemborongan, termasuk bekalan bahan binaan. Di samping itu, GLCs juga telah diminta untuk memperolehi bekalan atau materials sourcing bagi pihak usahawan Bumiputera yang mendapat kontrak daripada mereka. Pembelian pukal atau bulk purchasing akan dapat membantu usahawan Bumiputera mendapat bekalan bahan pada kos yang lebih efektif.

15. Dari segi pembiayaan, SME Bank terus memainkan peranan penting membantu usahawan Bumiputera mendapatkan pembiayaan mudah. Dalam tempoh 2000 hingga 2005, SME Bank dan Bank Pembangunan telah meluluskan 189 kemudahan Modal Kerja Berputar di bawah Skim Modal Kerja Kontrak, bernilai 1.77 billion ringgit, untuk kerja kontrak pembinaan dan bekalan. Hampir satu pertiga daripada jumlah ini adalah pinjaman bernilai kurang daripada satu juta ringgit, sementara lebih 40 peratus untuk pinjaman antara satu hingga 5 juta ringgit. Ini bermakna sebahagian besar pinjaman telah disalurkan kepada kontraktor kecil. Kemudahan yang diberikan hanya perlu bersandarkan assignment of payment daripada Kerajaan atau pemberi kontrak, tanpa sebarang cagaran lain, yang pada lazimnya sukar disediakan oleh peminjam.

16. Baru-baru ini, SME Bank telah melancarkan satu lagi produk baru, iaitu SME Procurement, khusus untuk kontraktor binaan dan bekalan. Di bawah program SME Procurement ini, mereka boleh memperolehi kemudahan pembiayaan dalam bentuk Jaminan Bank, Performance Bond dan juga keperluan modal kerja, khususnya Modal Kerja Berputar atau Revolving Working Capital. Kontraktor utama atau sub-kontraktor Bumiputera layak memohon hanya berdasarkan Surat Lantikan atau Surat Setuju Terima. Di samping itu, syarat pembiayaan dipermudahkan lagi dimana syarat menjadi kontraktor utama dan mempunyai 3 tahun rekod kewangan yang memuaskan, dikecualikan. Pengecualian ini diberi khusus untuk kontraktor Bumiputera sahaja.

17. Perkembangan di sektor pembinaan mempunyai banyak kesan limpahan atau spill over effects kepada ekonomi negara. Kerancakan atau dynamism di sektor ini telah memberi banyak peluang kepada kerja-kerja kontrak, termasuk kepada kontraktor Bumiputera. Dari segi perspektif jangka panjang, sungguhpun pertumbuhan sektor ini dijangka mencatatkan turnaround, iaitu daripada pertumbuhan negatif sebanyak 1.6 peratus pada tahun 2005 kepada pertumbuhan positif 3.5 peratus setahun dalam RMK 9, kadar ini lebih rendah jika dibandingkan dengan lain-lain sektor utama. Sektor-sektor pembuatan, perkhidmatan dan pertanian berpotensi tinggi untuk berkembang lebih pesat dan menjadi penjana utama kepada pertumbuhan ekonomi negara. Sektor pembuatan dijangka mencapai pertumbuhan sebanyak 6.7 peratus, perkhidmatan 6.5 peratus dan pertanian 5 peratus setahun.

18. Memandangkan ini, usahawan binaan kecilan, terutamanya kontraktor kelas F, perlu mengambil peluang daripada prospek pertumbuhan yang lebih pesat di sektor pembuatan, perkhidmatan dan juga pertanian. Kontraktor kelas F yang kini berjumlah 35,000 atau lebih 80 peratus daripada jumlah kontraktor berdaftar, terutamanya mereka yang merupakan kontraktor sambilan, perlu beranjak daripada sektor binaan untuk beralih kepada aktiviti ekonomi lain yang menjamin potensi pertumbuhan yang lebih pesat. Di sektor pembinaan, sungguhpun masih terdapat peluang-peluang kontrak daripada Kerajaan, mereka tidak lagi boleh bergantung sepenuhnya kepada peluang-peluang Kerajaan semata-mata.

19. Dalam persekitaran global yang lebih kompetitif, untuk menjamin negara boleh berdayasaing di peringkat antarabangsa, kita perlu menumpukan keusahawanan kita kepada bidang yang memerlukan kepakaran dan kemahiran. Kita perlu melengkapkan diri dengan penguasaan pengetahuan, inovasi dan kemahiran serta mengamalkan budaya progresif, berfikiran maju dan berpandangan jauh. Inilah ciri-ciri modal insan yang diperlukan untuk melahirkan insan berminda kelas pertama.

20. Selaras dengan ini, RMK 9 menumpukan kepada usaha menjana pertumbuhan dalam sektor-sektor baru yang berintensifkan teknologi, pengetahuan dan kemahiran seperti ICT, bioteknologi dan perkhidmatan. Memandangkan R&D, merupakan faktor penting menjayakan pembangunan sektor-sektor ini, Kerajaan telah melipat gandakan peruntukan bagi R&D kepada 3.9 bilion ringgit dalam RMK 9.

21. Sektor ICT merupakan sektor pertumbuhan baru yang boleh menjana kegiatan ekonomi yang mempunyai nilai tambah yang tinggi. Kerajaan juga berhasrat menjadikan Malaysia sebagai hub destinasi bagi syarikat-syarikat ICT dan multimedia global. Pada masa ini, penyertaan usahawan Bumiputera dalam bidang ICT masih belum terserlah. Sebahagian besarnya disebabkan kepada masalah kekurangan kepakaran, dan bagi mereka yang mula menceburi sektor ini, pemasaran produk mereka tidak berkesan. Manakala, mereka juga belum berjaya untuk menubuhkan strategic alliances dengan syarikat-syarikat ICT yang besar. Usahawan Bumiputera seharusnya membina keupayaan untuk lebih kreatif dan inovatif dalam membangunkan perisian dan applikasi ICT serta bergabung dalam satu konsortium untuk memasarkan produk.

22. Telekomunikasi merupakan satu bidang dimana usahawan Bumiputera bolih melakukan leap frogging. Misalnya, terdapat banyak peluang untuk menjadi content developer yang boleh berkerjasama dengan syarikat-syarikat besar telekomunikasi. Usahawan Bumiputera boleh mendapat manfaat daripada program vendor yang disediakan oleh GLCs, seperti Celcom dan TM Net. Bagi usahawan kecil, mereka boleh menjadi agen penjual atau reseller kepada Celcom dan TM Net. Saya difahamkan komisyen yang dibayar oleh TM Net kepada agen penjual streamyx berjumlah dalam lingkungan 20 juta setahun.

23. Bioteknologi juga merupakan satu sumber baru pertumbuhan yang diberikan tumpuan dalam RMK 9. Dasar Bioteknologi Kebangsaan bertujuan untuk membangunkan bioteknologi dalam beberapa bidang terpilih, terutamanya pertanian, kesihatan dan industri. Untuk ini, peruntukan sebanyak 2 bilion ringgit disediakan untuk menggalakkan pembangunan industri bioteknologi.

24. Kerajaan telah menyediakan beberapa dana teroka untuk membimbing usahawan menceburi sektor-sektor baru ini, terutamanya melalui pengkomersilan R&D dan membangunkan teknologi baru. Dana-dana teroka ini bertujuan membantu usahawan memulakan business start ups di dalam high-technology and high growth ventures. Tiga agensi utama yang mengusahakan dana-dana ini ialah MAVCAP, Malaysian Debt Ventures dan MTDC.

25. MAVCAP menyediakan modal teroka kepada usahawan untuk mengkomersilkan R&D dan membangunkan teknologi baru di dalam industri ICT. Setakat ini, MAVCAP telah memberi dana sebanyak 75 juta ringgit kepada 3 syarikat outsourcing partners yang mempunyai pegangan ekuiti Bumiputera, sementara 21 buah syarikat Bumiputera lagi telah mendapat manfaat daripada pelaburan ekuiti sebanyak hampir 63 juta ringgit. Seramai 46 usahawan muda Bumiputera juga telah mendapat pemberian geran di bawah Program Pelaburan Cradle untuk membantu penjanaan idea dan ciptaan dalam bidang teknologi untuk tujuan dikomersilkan. Untuk memantapkan lagi penyediaan dana teroka, MAVCAP telah diperuntukkan dana tambahan sebanyak 600 juta ringgit di bawah RMK 9.

26. Malaysian Debt Ventures pula menyediakan sumber pembiayaan pinjaman kepada industri ICT. Setakat ini, pinjaman sebanyak 613 juta ringgit telah diluluskan bagi usahawan Bumiputera terlibat dalam sektor ICT. MDV juga telah diperuntukkan dana tambahan sebanyak 350 juta ringgit dibawah RMK 9 untuk meneruskan lagi program pembiayaan pinjamannya.

27. Peranan MTDC pula telah diberi fokus baru, iaitu untuk menyediakan dana teroka bagi bidang bioteknologi, selaras dengan dasar Kerajaan untuk memajukan bidang ini. Semenjak dana ini di lancarkan tiga tahun yang lalu, MTDC telah membuat pelaburan ekuiti dalam 3 syarikat Bumiputera, bernilai lebih 24 juta ringgit untuk memajukan biodisel, perubatan dan pertanian. Dalam bidang ICT, MTDC juga menyediakan beberapa kemudahan geran, termasuk Tabung Pengkomersilan R&D dan Tabung Pengabilalihan Teknologi. Dalam tempoh lima tahun yang lalu, sebanyak 63 syarikat Bumiputera telah mendapat kemudahan ini dengan nilai geran melebihi 53 juta ringgit. MTDC telah diperuntukan sebanyak 500 juta ringgit di bawah RMK 9. Jumlah peruntukan yang besar ini jelas mencerminkan hasrat Kerajaan untuk mempergiatkan lagi pembangunan bioteknologi sebagai satu daripada penjana utama pertumbuhan ekonomi negara.

28. PUNB telah ditubuhkan untuk membantu usahawan kecil dan sederhana melalui penyediaan kemudahan kewangan, di samping melengkapkan mereka dengan kemahiran keusahawanan. Projek Usahawan Bumiputra Dalam Bidang Peruncitan atau PROSPER bertujuan untuk membangunkan usahawan Bumiputra dalam perniagaan runcit. Matlamatnya, bukan sahaja untuk menambah bilangan mereka tetapi menempatkan mereka di dalam rangkaian nilai industri peruncitan yang strategik.

29. Setakat ini, lebih daripada 900 peniaga Bumiputera dengan nilai pinjaman sebanyak 240 juta ringgit telah mendapat manfaat daripada Skim ini. Usahawan Bumiputra kini telah dapat menembusi bidang-bidang yang dahulunya sukar di ceburi, seperti perniagaan optikal, kedai jam, farmasi, automotif serta rekaan fesyen. Di samping itu, mereka juga telah berjaya ditempatkan di kompleks-kompleks membeli belah terkemuka dan kedai-kedai francais di pusat-pusat bandar. Berasaskan kepada kejayaan ini, Skim PROSPER telah diperluaskan kepada golongan professional Bumiputra untuk membuka dan menjalankan perniagaan, seperti klinik kesihatan dan pergigian, serta firma guaman dan akauntan. Dalam RMK 9, Kerajaan mensasarkan seramai 1,250 usahawan baru akan dilahirkan di bawah Skim PROSPER.

30. Di sektor binaan khususnya, kesukaran kontraktor Bumiputra mendapatkan bekalan bahan secara pembelian pukal merupakan satu daripada faktor yang telah menjejaskan daya saing mereka. Oleh kerana penyertaan usahawan Bumiputera dalam perniagaan supply chain adalah kecil, kontraktor dan peruncit kita pada lazimnya terpaksa bergantung kepada pembekal bukan Bumiputera bagi materials sourcing mereka. Memandangkan kepada kelemahan ini, dan untuk membantu usahawan Bumiputera menambah penyertaan dalam perniagaan rantaian bekalan atau supply chain, Kerajaan telah memperluaskan skop PROSPER kepada membangunkan usahawan di sektor pemborongan. Ini akan dapat mengurangkan beban usahawan Bumiputera mendapat dan menguruskan bekalan bahan pada kos yang lebih rendah, melalui pembelian pukal atau bulk purchasing. Saya ingin menyeru kepada usahawan Bumiputera, terutamanya kontraktor binaan kecil, untuk merebut peluang ini oleh kerana selain dapat membantu kontraktor binaan dan juga peruncit Bumiputera, ianya juga membuka peluang baru bagi kita menembusi perniagaan pemborongan yang penting dalam rantaian kegiatan ekonomi negara.

31. Dunia keusahawanan kini begitu mencabar sekali dengan suasana persaingan yang bertambah sengit, di dalam negara dan juga di peringkat antarabangsa. Untuk menjadi usahawan berjaya, strategic alliances perlu tingkatkan dikalangan kita. Kita seharusnya mengambil manfaat daripada kehadiran banyak usahawan yang telah berjaya supaya bergabung untuk menjadi beberapa konsortium Bumiputera yang lebih besar dan lebih berdaya maju, mampu bersaing bukan sahaja di pasaran tempatan, tetapi juga di pasaran global. Bagi pembekal dan kontraktor binaan Bumiputera, terutamanya kontraktor kelas F, pergabungan akan membolehkan kelas pendaftaran mereka dipertingkatkan, supaya mereka memperolehi peluang untuk menyertai tender yang lebih besar dan bernilai lebih tinggi.

32. Sudah lebih tiga setengah dekad kita memperjuangkan Agenda Bumiputera dalam penggubalan dan pelaksanaan dasar dan strategi pembangunan negara kita. Sesungguhnya, memang banyak kejayaan yang telah kita kecapi. Di sektor pembinaan, misalnya, ramai di kalangan para kontraktor Bumiputera yang telah berjaya dan mencapai kecemerlangan yang membanggakan. Tetapi, masih juga ada segelintir usahawan yang bersikap mahu cepat kaya. Apabila diberi lesen dijual, dan mengharap dapat kontrak hanya untuk menggarap untung atas angin. Sikap ini mesti dikikis. Kita hanya mempunyai 15 tahun lagi bagi memperjuang dan mencapai sepenuhnya matlamat dan sasaran Agenda Bumiputera yang telah ditetapkan menjelang tahun 2020.

33. Akhir kata, saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua ahli Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Pulau Pinang ke arah memantapkan lagi peranan usahawan Bumiputera sebagai penggerak kepada pembangunan negara. Saya juga berdoa agar Allah SWT senantiasa memberkati segala usaha gigih kita untuk merealisasikan Misi Nasional bagi mencapai Wawasan 2020. Insya Allah.

34. Dengan ini, saya dengan sukacitanya merasmikan Mesyuarat Agung ke 30 Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Pulau Pinang.

Terima kasih.

Wabillahi Taufik Walhidayah
Wasalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu.








Kementerian Kewangan
Puterajaya
20 Mei 2006



Below is a very very short summary of Tan Sri Mohamed Yakcop's speech, most probably for my future personal reference:

1. The 9th Malaysian plan aims at 6% annual growth. (Para 4)

2. The 3 main engines of growth will be service, manufacturing and agriculture. (Para 5)

3. RM200 billion has been allocated for construction. (Para 6)

4. Penang's annual growth under the 8th Malaysian Plan has been consistently higher than that of the average for other states. (Para 7)

5. Several big projects will continue to propel Penang's growth: Second Bridge (RM2.6 billion), Town Rail and Outer Ring Road (RM2 billion and above for both), and Food Industry Hub. (Para 9)

6. Malays should take advantage of these facilities to help achieve the Bumiputra Development Agenda (Agenda Pembangunan Bumiputra). (Para 10)

7. Government will continue to help Bumiputra contractors. Contracts for jobs and supply of materials will continue to be awarded. (Para 11)

8. Allocation for upgrading of infrastructure: RM500 million in 2005, but increased to RM1.5billion in 2006. (Para 12)

9. Vendor Development Programmes under GLCs (Government Linked Corporations) have been a huge factor in Bumiputra economic success. Examples of GLC's : Petronas, Tenaga, Proton, Telekom. (Para 13)

10. The PROSPER programme is designed to enable Bumiputra contractors to purchase and wholesale building materials in bulk at lower cost. The lower cost helps Bumiputra contractors and GLC's become more competitive. (Para 14)

11. SME Banks and Development Banks have approved between 2000 to 2005 facilities of RM1.77billion, the bulk (40%) of which benefitted Bumiputras. (Para 15)

12. SME Banks have launched SME Procurement programme. Bumiputra contractors for construction and supply of materials can get funding via Bank Guarantee, Performance Bond, and Revolving Working Capital. Bumiputra main and sub-contractors qualify based on Letter of Appointment or Letter of Acceptance. Bumiputra contractors are exempted from (1) having to be a main contractor; and (2) having 3 solid financial years. (Para 16)

13. Construction industry has 3.5% growth since 2005 but is slower growth compared to other industries e.g. manufacturing (6.7%), service (6.5%) and agriculture (5%). (Para 17)

14. Class F contractors have to focus on industries outside of construction. (Para 18)

15. Government will emphasize knowledge based economy: focus on ICT, biotechnology and service industries. RM3.9billion is allocated for R & D in 2006. (Para 20)

16. Bumiputras have been unsuccessful in ICT industry because: lack of expertise, ineffective marketing, failure to partner large ICT firms, lack of innovation/creativity, failure to form consortium to market products. (Para 21).

17. Bumiputras should exploit telecommunications: content provider, vendor programmes, and reseller. (Para 22)

18. RM2billion is allocated for biotechnology in areas of agriculture, health, and industry. (Para 23)

19. High technology start ups and high growth ventures can get funding from (1) MAVCAP, (2) Malaysian Debt Ventures, and (3) MTDC. (Para 24)

20. So far, MAVCAP has given out RM75 million (receipient: 3 outsourcing companies with Bumiputra equities), RM63 million (receipients: 21 Bumiputra companies) and via Cradle Investment Program (receipients: 46 Bumiputra entrepreneurs). Allocation under 9th Malaysian Plan: RM600 million (Para 25)

21. Malaysian Debt Ventures has lent RM613 million to ICT industry. Allocated RM963 million under 9th Malaysian Plan. (Para 26)

22. MTDC has invested RM24 million in equity in 3 Bumiputra companies (biodiesel, medicine and agriculture). Other facilities are R&D Commercialization Fund and Technology Takeover Fund. (Para 27)

23. PROSPER programme aims to develop Bumiputras in trading. (Para 28)

24. More than 900 Bumiputra Traders (RM240 million) have benefitted: optical, watches, pharmacies, automotive and fashion design. PROSPER will be widened to benefit Bumiputra professionals e.g. clinics, dentistry, legal firms and accountancies. Target under 9th Malaysian Plan: 1,250 Bumiputra professionals. (Para 29)

25. Bumiputras have traditionally not been involved in supply of building materials. Hence the cost of obtaining building materials have always been high. PROSPER will enable Bumiputras to purchase building materials in bulk and at cheaper prices. (Para 30)

26. Malay contractors should form consortiums to compete at national and international markets. Co-operation enables Class F contractors to upgrade and get bigger, more lucrative tenders. (Para 31)

27. The Bumiputra Agenda has existed for 3 decades. Many have succeeded. But some sell their licences. This is to be stopped. (Para 32)



Links of interest:

  • Ministry of Finance (Link)
  • PROSPER homepage @ PUNB (link)
  • Graduates' PROSPER programme (link)
  • List of PROSPER participants via Qard Al-Hasan (link)
  • Popular Posts

    Blog Archive

    Giveaway of the Day

    Giveaway of the Day